Heboh pula dengan Judi bola..dimana pendirian kita??
Muda2 termasuk mudi2 heboh bercerita pasukan manakah yg akan menjuarai Piala Dunia,sedang pasukan bolasepak malaysia tidak pasti arahnya.
Tak kurang juga muda2 yg terlalu taksub sehinggakan tidak mahu melepaskan menonton keseluruhan perlawanan piala dunia,katanya 4 tahun sekali.
Benarlah 4 tahun sekali..adakah berbaloi meninggalkan jemaah maghrib dan isyak,tika azan berkumandang dan tazkirah dilaungkan dimasjid2 dan surau2.
Kita sanggup berjaga sehingga 2 -3 pagi semata-mata menonton bola..
berapa kali dalam sebulan kita bangun semata-mata untuk bertahajud?
Betullah hadis nabi"ramai yang boleh bangun malam tetapi berapa ramai yang dapat melaksanakan hak malam(tahajud)".
tidakkah timbul rasa malu dalam diri kita apabila bangun bukan untuk beribadah kpdNYA
Bukan mengkondem org yg bangun malam tengok bola tapi apa salah melaksanakan apa yg boleh kita buat bekalan dihari akhirat kelak.(kite pun bangun tengok gok tapi pandai2lah malu pd diri sendiri)
wallahua'lam.
kacaudaun
0 Comments