FIQH : Taraweh para sahabat dan tabien

Solat tarawih atau qiyam Ramadhan:

5. Dianjurkan untuk menyelesaikan solat malam bersama imam, tanpa mengira berapa pun raka`at yang dikerjakan.
إنَّهُ من قام مع الإمامِ حتى ينصرفَ هو كُتِبَ لهُ قيامُ ليلةٍ
الراوي : أبو ذر الغفاري | المحدث : الترمذي | المصدر : سنن الترمذي
الصفحة أو الرقم: 806 | خلاصة حكم المحدث : حسن صحيح
"Sesiapa yang solat malam bersama imam sehingga imam selesai, dituliskan baginya qiyam sepanjang malam." - Al-Jami` Al-Mukhtashar At-Tirmidzi, no. 806, katanya: Hasan shahih
= = = = = = = = = =
Penjelasan:
1. Kata At-Tirmidzi selepas meriwayatkan hadits di atas:
* "Para `ulama' berbeza pendapat tentang (bilangan raka`at untuk) qiyam Ramadhan.
* Sebahagiannya berpendapat solat malam sebanyak 41 raka`at termasuk witir, ini adalah qaul ahli Madinah, dan diamalkan di Madinah.
* Kebanyakan ahli ilmu pula berpendapat seperti apa yang diriwayatkan daripada `Umar, `Ali, dan selain kedua-duanya daripada sahabat Nabi ﷺ bahawa solat malam sebanyak 20 raka`at, dan inilah qaul Ats-Tsauri, Ibn Al-Mubarak, dan Asy-Syafi`i.
* Kata Asy-Syafi`i: "Ini yang aku dapati di negeri kami, di Makkah, mereka solat sebanyak 20 raka`at."
* Kata Ahmad: "Diriwayatkan dalam bab ini pelbagai pendapat," dan beliau (Ahmad) tidak menentukan pendapat yang dipilihnya.
* Kata Ishaq: "Bahkan, kami memilih pendapat (solat malam) 41 raka`at, sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ubay bin Ka`ab."
* Ibn Al-Mubarak, Ahmad, dan Ishaq memilih pendapat seseorang solat malam secara berjama`ah bersama imam di bulan Ramadhan.
* Sedangkan Asy-Syafi`i memilih pendapat seseorang boleh solat seorang diri sekiranya dia seorang qari (penghafaz Al-Qur'an)."
= = = = = = = = = =
Hashtag: #qiyamramadhan

Post a Comment

0 Comments

"; var FstickyWork = stickyWork.replace(/(\r\n|\n|\r)/gm," "); if ( FstickyWork === "yes" ) { $(document).ready(function(){$("#header-navigation").sticky({topSpacing:0});}); } //]]>