Kisah perdebatan Maulana Fakhrurazi

(Kisah Perdebatan Yang Berlaku Di Rumah Maulana Fakhrurrazi)

1. Di dalam gambar ini merupakan ruang tamu rumah Tg Maulana Fakhrurrazi.Ribuan kitab-kitab di situ menjadi saksi banyak diskusi,muzakarah perdebatan yang berlaku dalam rumah tersebut.Gambar ini merupakan gambar Maulana bersama muridnya di rumah beliau.Beberapa tahun lepas selepas Maulana Fakhrurrasi mengajar di surau,ada seorang ustaz bangun membantah maulana 'Apa yang ustaz ajar tu tak betul dan kelirukan masyarakat awam!'. Kemudian untuk meredhakan keadaan,maulana ajak orang tersebut ke rumah beliau.

2. Kemudian apabila Maulana baru pegang kitab untuk membaca,terus ustaz tersebut dengan bekeng merampas kitab itu sambil berkata 'Biar ana yang baca kitab ini,ana lama di pondok dulu'. Maulana terkejut dengan tindakan orang tersebut.Disebabkan orang itu tetamu,maka maulana menghormatinya.Hal ini kerana Rasulullah bersabda:

منْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاْليَوْمِ اْلأخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ

'Barangsiapa beriman dengan allah dan hari akhirat hendaklah memuliakan tetamu'

Kemudian apabila ustaz itu merampas dan membaca kitab tersebut,malangnya beliau baca dengan salah baris.Maulana Fakhrurrazi memang tegas dalam bab i'rab,nahu dan membaca baris ibarat kitab turath.

3. Apabila sebut tentang ilmu nahu,Maulana Fakhrurrazi kepakaran beliau lebih tertumpu dalam bidang ini.Semasa di pondok dahulu ketika maulana fakhrurrazi masih kecil,jika ada tuan guru/syaikh dari Indonesia datang hendak mengajar,apabila nampak budak yang bernama aidil (iaitu nama asal maulana fakhrurrazi), pasti syaikh itu akan risau.Hal ini kerana jika baca kitab salah baris, pasti maulana akan tegur.Beliau sangat tekankan isu ilmu alat nahu,sorof,balaghah dan sebagainya.

4. Berbalik kepada kisah debat tadi di rumah Maulana,kemudian apabila maulana lihat ustaz tersebut salah baca baris,terus Maulana Fakhrurrazi tegur.Rupanya selama ini ustaz tersebut gagal memahami ibarat kitab mazhab syafie dengan baik.Kemudian Maulana ambil kitab tersebut beliau baca dan terjemahkan satu persatu kepada ustaz tersebut.

5. Antara sikap maulana fakhrurrazi yang saya suka ialah jika seseorang itu tidak mahir berbahasa arab,beliau tidak memperlekeh orang tersebut.Akan tetapi beliau akan menterjemah satu persatu.Saya pernah lihat ada seorang pakcik bertanya soalan kepada maulana selepas kuliah.Maulana tahu pakcik tersebut tidak faham bahasa arab,tetapi beliau tidak memerli pun dengan mengatakan sebegini:

'Orang awam tak layak nak tau perkara sebegini,ia akan kelirukan masyarakat'

Akan tetapi maulana beliau akan buka kitab tersebut dan terjemah serta menerangkan kepada si penanya.Demikianlah sikap pendakwah.Perlu menjelaskan kepada orang awam kekeliruan yang mereka hadapi.Bukannya memusuhi orang awam yang bertanya.

6. Seperti mana yang telah ditulis pada post yang lepas,ramai sebenarnya asatizah (para ustaz) yang datang bertalaqi dengan maulana fakhrurrazi.Tidak kira dari golongan pondok ataupun asatizah keluaran dari jamiah di jordan,yaman,al azhar mesir dan sebagainya datang bertalaqi dengan beliau.

Pernah ada ustaz dari pondok datang untuk bermuzakarah berbahas dengan maulana dalam sesuatu isu,apabila orang tersebut gagal menjawab hujah,maka mereka dengan rela hati datang untuk bertalaqi untuk mengambil ilmu dengan maulana sehingga ke hari ini.Inilah kelebihan bermuzakarah jika kita niat untuk mencari kebenaran.Dengan muzakarah banyak perselisihan akan diharmonikan.

📝Muhammad Sufian

📕Channel Telegram Amalkan Sunnah

Post a Comment

2 Comments

  1. Kikiki. Persoalan Allah di mana pun Maulena Fakhrurazi gagal kupas, malah menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar

    ReplyDelete
    Replies
    1. لَا أَدْرِي نِصْفُ الْعِلْمِ

      Maksudnya: “Ucapan aku tidak tahu separuh daripada ilmu.” [Riwayat al-Darimi (186), 1/276]

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)

"; var FstickyWork = stickyWork.replace(/(\r\n|\n|\r)/gm," "); if ( FstickyWork === "yes" ) { $(document).ready(function(){$("#header-navigation").sticky({topSpacing:0});}); } //]]>