Alhamdulillah...
Selesai bacaan untuk kali ini.. ini bacaan kali kedua.. buku yg saya beli semasa promosi pustaka cahaya kasturi. tahun 2015
Buku karya Abu Hassan Ali an nadwi ini diterjemahkan oleh Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri. hanya 40muka surat sahaja.
penulis memperkenalkan tokoh ahli sunnah waljamaah yang tersohor dan di gelar imam almutakalimin oleh azzahabi, iaitu Abu Hassan al-asyari.
penulis membentangkan beberapa biografi ringkas mengenai kelahiran dan pembelajaran beliau serta bagaimana beliau muncul sebagai pembela Ahli sunnah, kerana sblm itu imam abu Hassan al-asyari mengikut bapa tirinya Ali al jubbaie seorang yang muktazilah.
Abu Hassan Al-asyari menegaskan tidak ada salah bahkan harus mengunakan istilah2 moden dalam menghadapi serangan pemikiran aqliah golongan muktazilah. dan itu satu kewajipan supaya mempertahankan usul2 akidah umat islam drpd dicemari oleh unsur akal yang melampau. di sinilah point penting yang perlu difahami dlm buku ini.
penulis memasukkan kejayaan dan karya imam abu Hassan Al asyari serta pujian2 ulama terhadapnya spt as-sairafi mengatakan " golongan muktazilah mengangkat diri dgn angkuh, sehinggalah dtg abu Hassan Al asyari melemahkannya."
0 Comments