Buku : Pengenalan Dakwah Ikhwan Muslimin - Analisa ciri2 dan bentuk jamaah sebenar

Alhamdulillah,

Buku ini saya beli di himpunan 30k,  di Kota sarang semut, kedah, 2011.
cetakan 1985, buku lama tetapi isinya tidak lapuk ye...

Buku ini hanyalah sebahagian kecil daripada buku said hawa dlm versi Arab. "almadkhal ia dakwatil Ikhwan". Diterjemahkan oleh ustaz zawawi Ali,
beliau menterjemah satu tajuk kecil daripadanya.

Ustaz Said hawa membawakan dalil daripada AlQuran dan assunnah untuk menerangkan bahawa Ikhwan Muslimin ialah wadah perjuangan islam yang menyeluruh tanpa menafikan masih ada kekurangan padanya. dan tidak pula menafikan orang yang tidak bersama Ikhwan adalah terkeluar daripada perjuangan islam.

isi penting yang perlu difahami ialah,Jemaah  Ikhwan tidak melarang seseorang untuk mengambil kebaikan di mana saja ia berada, Tetapi orang yang meninggalkan Ikhwan hanya semata-mata kerana ingin mengambil kebaikan2 sampingan maka mereka adalah golongan yang meninggalkan asas dan dasar untuk mendapatkan ranting dan dahan.

kenapa Ikhwan dijadikan sebagai wadah terbaik, kerana bermatlamat supaya ia membentuk syaksiah islamiah, mendirikan daulah islamiah, mengembalikan perpaduan umat islam, dan mengembalikan khilafah islamiah dll.

penulis juga menyenarai kan ciri2 jemaah Ikhwan. dan juga ciri2 jamaah  yang diredhai Allah.

Adalah lebih baik jika boleh membaca versi asal kitab ini. kerana ia akan lebih jelas tentang Ikhwan Muslimin.  Walaupun sekarang Ikhwan diharamkan, tetapi tanzimnya masih diteruskan oleh gerakan islam yang lain di negara yang lain.

wallahua'lam.




Post a Comment

0 Comments

"; var FstickyWork = stickyWork.replace(/(\r\n|\n|\r)/gm," "); if ( FstickyWork === "yes" ) { $(document).ready(function(){$("#header-navigation").sticky({topSpacing:0});}); } //]]>