BUKU : Jika Islam Mentadbir - Wawancara Wartawan UPI





46. Jika Islam Mentadbir- wawancara wartawan UPI yang tidak pernah tersiar
Author: Hj Abdul Hadi Awang (disusun oleh Hj subky latif) 
Genre :  non-fiction 
Publisher:  penerbitan gedung ummah
Rating : 4
Pages: 20
Date Read: 23 okt 2018
Review :

 Haji Abdul Hadi Awang walaupun tidak mendapat perhatian dapat perhatian media tempatan tetapi sering didatangi oleh media luar  yang muslim atau non muslim, buku ini mendedahkan wawancara oleh wartawan United Press  International (UPI), mr. paul we del.

Antara Persoalan yang ditanya ialah mengenai penjajahan bentuk baru iaitu politik dan ekonomi, mengenai bank islam, kerana PM pada waktu itu mahathir mohamad memperkenalkan bank islam. Dan mengenai memisahkan politik daripada agama. Mengenai  kesyumulan alquran, juga berkaitan hala tuju pendidikan negara, interaksi islam dalam masyarakat majmuk di malaysia, halangan2 dan tekanan kerajaan pada waktu ti terhadap perkembangan islam, dan beberapa isu politik semasa.

Dan kesemua jawapan Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang adalah selari dengan apa yang telah beliau laksanakan pada hari ini, menunjukkan prinsip beliau masih utuh, seperti apabila ditanya mengenai kepentingan islam didahulukan atau malaysia didahulukan - tuan guru menjawab- islam didahulukan, kerana islam menjadi Penyelamat, kalau islam ditegakkan di malaysia, maka malaysia akan selamat.

Sekian..

Post a Comment

0 Comments

"; var FstickyWork = stickyWork.replace(/(\r\n|\n|\r)/gm," "); if ( FstickyWork === "yes" ) { $(document).ready(function(){$("#header-navigation").sticky({topSpacing:0});}); } //]]>