SEJARAH WABAK H1N1



Wabak H1N1 merebak dari tahun 2009 dan 2010 bermula di Veracruz, Mexico.



Wabak ini dikatakan berasal dari virus selsema burung yang bermutasi dengan virus selsema babi sebelum menjangkiti manusia, dengan Mexico dan Amerika Syarikat dilanda paling teruk.Image
Apa yang berlaku pada tahun 2009 ialah virus selsema burung dari burung yang terbang berhijrah ke arah selatan pada musim sejuk bulan Januari, bermutasi dengan virus selsema babi yang dipanggil antigenic shift.


Antigenic shift ini menyukarkan para saintis kerana ia adalah...Image
...virus jenis yang baru.

Menurut kajian dari Mount Sinai School of Medicine pada tahun 2016 mendapati virus ini datang dari burung yang terbang dari utara, kemudian menjangkiti ladang babi di Veracruz, Mexico.

Veracruz merupakan pelabuhan utama Mexico.Image
Menjelang Mac ia mula merebak ke beberapa negeri jiran Veracruz seperti Tamaulipas, Puebla dan Oaxaca sebelum ia merebak ke Texas menjelang April.

Pada bulan April, ia sudah membunuh 18,000 orang di Mexico.

Dalam masa sama ia mula merebak di Eropah terutamanya di Sepanyol.Image
Ini kerana Sepanyol merupakan rakan dagang EU yang terbesar di Mexico dan Sepanyol banyak membeli produk daging dari Mexico.

Kemudian ia mula berjangkit di seluruh Eropah dan Asia serta Mesir sebagai negara Afrika paling teruk terjejas.



Pada Jun, ia mula merebak ke... 
...negara ASEAN melalui Singapura.

Di Malaysia, kes tersebut mula dikesan di SRK Assunta 1 Petaling Jaya, menyebabkan sekolah itu ditutup selama seminggu.

Sekolah lain seperti SRJK (C) Jalan Davidson, Assunta 2, SMK Damansara Utama, SMK Seksyen 9 Shah Alam turut ditutup. 
Pada masa itu, @KKMPutrajaya telah menyediakan Tamiflu, atau oseltamivir untuk menghalang jangkitan H1N1 dari terus merebak ke seluruh negara.

Mereka yang datang dari Mexico, California dan Texas akan terus dikuarantin oleh Jabatan Imigresen. 
Di Malaysia, jumlah kes yang dicatatkan ialah sebanyak 2,253 kes, dengan 76 kematian telah dicatatkan.

Di Kanada, 10% penduduknya dijangkiti penyakit ini, dengan 416 kematian.

Di Mexico, 50,000 kes dilaporkan sementara Amerika Syarikat melaporkan sehingga 286,000 kes. 
Sebanyak 700 juta kes dilaporkan tentang jangkitan H1N1, dengan 575,000 kematian dicatatkan.

Ia dikatakan wabak terbesar pernah berlaku selepas Spanish flu.

Nanti kalau ada kesempatan, saya akan cerita wabak selsema itik yang berlaku pada tahun 1957. Tahun kita merdeka tu.Image

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

 Keep Current with Puan Eleena M.
Profile picture
Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Post a Comment

0 Comments

"; var FstickyWork = stickyWork.replace(/(\r\n|\n|\r)/gm," "); if ( FstickyWork === "yes" ) { $(document).ready(function(){$("#header-navigation").sticky({topSpacing:0});}); } //]]>