Bab poligami
Sebelum berkahwin, lelaki meletakkan syarat jika ingin mengahwininya dia mesti menerima giliran hanya seminggu shj dalam sebulan kerana baki tiga minggu utk isteri pertama dan perempuan yg bakal mengahwini lelaki tersebut bersetuju...
1. Adakah boleh buat syarat begitu?
2. Jika berkahwin tiba2 isteri kedua menuntut haknya utk dapat giliran yang sama seperti isteri pertama...suami perlu ikut syarat asal atau kena ikut permintaan isteri?
Terima kasih ust
Wslm
Syarat itu sah dan isteri kedua tidak berhak mendesak untuk mendapatkan giliran yang sama. Ini kerana ketika perjanjian dibuat mereka dalam keadaan sedar ,berfikiran waras dan tidak dipaksa. Orang Islam wajib akur dengan perjanjian yang dipersetujui olehnya.
Fikir masak-masak sebelum membuat janji.
Namun jika isteri pertama bersetuju untuk memberi giliran yang sama maka bolehlah suami berbuat demikian.
Wallahua'lam
https://www.facebook.com/PTBR.Official/
0 Comments