Soal Jawab Fiqh : Salam, ustaz. Seseorang yang meninggal dunia ada saman trafik....adakah dikira wajib bayar bg waris?

🔴 Salam, ustaz. Seseorang yang meninggal dunia ada saman trafik....adakah dikira wajib bayar bg waris?


WSLM

Hal ini perlu dirujuk kepada pihak mufti kerana ia berkaitan soal negara.

Bagi saya -wallahua’lam-ianya perlu dirujuk kepada undang-undang yang sedia ada berkenaan hal ini. Jika saman gugur dengan sebab kematian maka tidak wajib bayar dan jika undang-undang mengatakan wajib bayar saman walaupun setelah meninggal dunia, maka timbul khilaf padanya.

PATUHILAH UNDANG-UNDANG YANG TIDAK BERCANGGAH DENGAN SYARAK DEMI KEBAIKAN BERSAMA.

Wallahu’lam.


https://www.facebook.com/PTBR.Official/



PENA PEGUAM
Saya pohon mencelah sikit. Berdasarkan kepada Akta Undang-Undang Sivil, ada beberapa kesalahan yang menakat (terhenti) dengan kematian orang yang dikenakan saman kerana ia bersifat peribadi ke atas orang yang dikenakan tindakan, ini termasuk kesalahan trafik. Saman trafik adalah bersifat peribadi ke atas orang yang disaman. Jika yang disaman mati maka "kesalahan" trafiknya akan tamat dan tidak diwarisi oleh waris kadimnya. Contoh ialah saman malu kerana fitnah, saman akan terhenti (tamat) dengan kematian pemfitnah (termasuk yang difitnah). Dalam masa sama ada beberapa jenis tuntutan dan saman yanng tidak menakat dengan kematian penuntut atau yang kena tuntut eg. tuntutan pemilikan tanah atau pecah kontrak. Moga dapat membantu.


Wallahua’lam
 Jabatan amal Kuala Terengganu turun membantu mangsa banjir di Hulu Terengganu pada  27 februaru 2022 

Post a Comment

0 Comments

"; var FstickyWork = stickyWork.replace(/(\r\n|\n|\r)/gm," "); if ( FstickyWork === "yes" ) { $(document).ready(function(){$("#header-navigation").sticky({topSpacing:0});}); } //]]>