Soal Jawab Fiqh : Apabila suami ambil mudah tentang bab solat...apakah situasi terbaik utk isteri.

🔴 salam ust 

Apabila suami ambil mudah tentang bab solat...apakah situasi terbaik utk isteri 

1. Kekal bertahan dlm perkahwinan tersebut 

Atau 

2. Boleh menuntut perceraian kerana anak2 terikut sama dengan bapa tersebut..sejauh mana Islam membenarkan 

Apa jalan terbaik bagi isteri tersebut yang boleh melembutkan dan menjinakkan hati suami ? 

Terima kasih ust


WSLM

Menurut jumhur ulamak mereka yang meninggalkan solat adalah masih Islam dan berdosa besar. Oleh itu semata-mata meninggalkan solat tidak menyebabkan perkahwinan terfasakh.

Namun persoalannya adakah wajar diteruskan perkahwinan tersebut?

Ia bergantung kepada kebijaksanaan seseorang isteri. Si isteri perlu membuat pertimbangan sewajarnya adakah bercerai kurang mudorat atau terus bertahan kurang mudorat?

Jika bercerai lebih membawa mudorat, maka si isteri hendaklah bersabar dan menasihati suami dengan cara yang bijaksana dan berdoa.

Adapun anak-anak, kebiasaannya ibu mempunyai pengaruh besar ke atas anak-anak.


Wallahua’lam.


https://www.facebook.com/PTBR.Official/
Dapatkn buku ini sebagai nilai tambah kepada solat kita 

Post a Comment

0 Comments

"; var FstickyWork = stickyWork.replace(/(\r\n|\n|\r)/gm," "); if ( FstickyWork === "yes" ) { $(document).ready(function(){$("#header-navigation").sticky({topSpacing:0});}); } //]]>