Soal Jawab Fiqh: Rumah Ali di Seremban. Dia hendak ke suatu tempat di Kuala Lumpur yg jaraknya 30km. Dia telah tersesat dan menjadikan perjalannlanya lebih 90 km.Soalan: Bolehkah Ali menjamak solatnya.


Salam.
🔴Rumah Ali di Seremban. Dia hendak ke suatu tempat di Kuala Lumpur yg jaraknya 30km. Dia telah tersesat dan menjadikan perjalannlanya lebih 90 km.
Soalan: Bolehkah Ali menjamak solatnya.

WSLM 

Apa yang zahir bagi saya, tidak harus bagi Ali menjamakkan solatnya kerana jarak perjalanan asalnya kurang dua marhalah. Perjalanan menjadi lebih dua marhalah disebabkan tersesat, tidak boleh dijadikan alasan untuk mengharuskan jamak.

Imam Nawawi RH menyatakan:


وَلَوْ كَانَ لِمَقْصِدِهِ طَرِيقَانِ: طَوِيلٌ وَقَصِيرٌ فَسَلَكَ الطَّوِيلَ لِغَرَضٍ كَسُهُولَةٍ أَوْ أَمْنٍ قَصَرَ وَإِلَّا فَلَا فِي الْأَظْهَرِ.
Jika terdapat dua laluan bagi orang bermusafir, jalan yang lebih dari dua marhalah dan jalan yang kurang dari dua marhalah, maka dia melalui jalan yang lebih jauh ( lebih dari dua marhalah ) kerana alasan tertentu seperti jalan yang lebih jauh itu lebih mudah dilalui atau lebih selamat, maka harus baginya qasar. Jika tanpa alasan, maka tidak harus baginya qasar.

Wallahua’lam


https://www.facebook.com/PTBR.Official/
BERMINAT UTK DAPATKAN BUKU

Post a Comment

0 Comments

"; var FstickyWork = stickyWork.replace(/(\r\n|\n|\r)/gm," "); if ( FstickyWork === "yes" ) { $(document).ready(function(){$("#header-navigation").sticky({topSpacing:0});}); } //]]>