🔴 Assalamualaikum Ustaz, bagaimana cara yg terbaik untuk tadarrus dalam bulan Ramadan? Jika team tadarus baca banyak kesalahan tajwid, bagaimana caranya hendak menegur? Terima kasih ustaz
WSLM
Tadarus adalah untuk mereka yang sudah mahir membaca Quran. Manakala mereka yang tidak mahir mereka perlu bertalaqqi.
Hukum ini diambil dari hadis yang menyatakan bahawa Nabi SAW bertadarus dengan Jibril pada malam Ramadan. Nabi SAW dan Jibril adalah mahir membaca Quran. Jadi dalil sunat bertadarus adalah untuk mereka yang mahir bukan untuk mereka yang tidak mahir membaca Quran.
Wallahua’lam.
🔴 Assalamualaikum ustaz
Adakah anak yg sedang menghafaz Al-Quran merupakan salah seorang asnaf?
Boleh ke kita memohon zakat untuk pengajian anak kita di tahfiz?
Dlm masa yg sama keluarga kita hanya berpendapatan sederhana? Bukan fakir miskin.
Jika boleh minta zakat, boleh ke mohon dari individu persendirian, bukan dari institusi zakat (sebab kalau apply zakat di Pjbt memang tak lepas.).
Terima kasih atas penjelasan.
WSLM
Pelajar tahfiz tidak menjadi golongan yang layak menerima zakat dengan sebab menjadi pelajar tahfiz.
Walaubagaimanapun ada juga yang berpendapat pelajar tahfiz juga layak menerima zakat kerana mereka tergolong dalam golongan fi sabilillah.
Bagi saya , pelajar tahfiz bukan termasuk dalam asnaf.
Wallahua’lam
0 Comments