Soal Jawab Bersama Ust Tirmizi Taha (ptbr) - Siri 5 -2023

🔴 assalmualaikum 
Mohon jawapan daripada syeikhuna

Penggunaan bulu babi dikilang digunakn untuk pencucian debu pada mesin pemprosesan melibatkan bahan kering sama kering, bagaimana kedudukan najis tersebut?  adakah perlu disamak?

JWPN

Najis yang kering bersentuhan dengan benda suci yang kering, benda suci tidak menjadi mutanajjis / menjadi najis.

Oleh itu benda kering tersebut tidak perlu disamak/sertu jika bersentuhan dengan bulu babi seperti dalam soalan di atas

Wallahua'lam.


🔴 Salam 
Sy ada soalan..
Kalu sy xpuasa sunat di awal syaaban..blh ke puasa selepas nisfu syaaban,
Sy puasa sunat rejab tp awl syaaban xpuasa..

Jawapan

Makruh/ Haram berpuasa sunat selepas 15 Sya'ban jika berpuasa tidak ada alasan.

Contoh ada alasan ialah seseorang itu berpuasa pada 14 hb Sya'ban kemudian berpuasa hari yang seterusnya.

Wallahua'lam


🔴 Assalamualaikum ustaz.

Bagi mereka yg was² dalam bacaan, bolehkah membaca sekadar yang mampu?

Saya lihat ada imam yg sebutannya mudah saja. Mungkin makhraj huruf tidak setepat bacaan imam besar tapi boleh dikatakan yakin tidak mengubah makna.

Mereka yg membaca dgn was² mungkin sebab nak terlalu menjaga bacaan takut tidak sah solat tetapi akhirnya meluangkan masa begitu lama utk selesai solat. Bolehkah orang sebegini abaikan perasaan "nak terlalu menjaga itu" dan cukuplah baca sekali saja bacaan rukun Qauli?

WSLM

Was was sepatutnya tidak dilayan dan perlu diabaikan.

Itu yang sepatutnya.

Wallahua'lam


🔴assalamu'alaikum ustaz. Nak tanya, sy ada dengar satu ceramah yg mngatakan solat sunat selepas maghrib bukan solat sunat muakkad, hanya ghairu muakkad, tapi yg muakkadnya sunat sebelum zohor 4 rakaat dan selepas zohor 4 rakaat, betul dok gitu?


2. Boleh ko dok, baca secara berulang² kali pada satu² doa qunut?

WSLM

Jawapan
1.Solat sunat muakkad menurut mazhab Syafie ialah;

1.dua rakaat sebelum mengerjakan solat subuh.

2.dua rakaat sebelum dan selepas solat zohor .

3.dua rakaat selepas solat maghrib .

4.dua rakaat selepas isyak.

Wallahua'lam.

Jawapan 
2.Boleh membaca qunut berulang kali.


Wallahua’lam 



https://www.facebook.com/PTBR.Official/

Post a Comment

0 Comments

"; var FstickyWork = stickyWork.replace(/(\r\n|\n|\r)/gm," "); if ( FstickyWork === "yes" ) { $(document).ready(function(){$("#header-navigation").sticky({topSpacing:0});}); } //]]>