Soal Jawab Agama Bersama Al-Fadhil Ustaz Syeikh Tirmizi Taha Siri 8|2023

🔴 Assalamualaikum.. ustaz. 

Jika kita selalu baca alkahfi pada hari jumaat tetapi waktu haid boleh baca ke ustaz 

Begitu juga murid perempuan yg hafal quran bila haid boleh ke membaca alquran


Wslm

Perempuan Haid haram membaca al Quran al Karim.

Sebagai alternatif ,mereka boleh mendengar bacaan Quran ketika Haid.

Wallahua'lam



🔴 Assalamualaikum Ustaz.

Mohon bertanya.

Saya selalu berdarah dlm mulut. Macam contoh, ulser yg pedih² tu dan bila check di tisu, ada saja darah. 

Mcm mana hukum saya berpuasa?

Darah tu memang tak rasa sbb sikit tapi takkan saya nak buka puasa sbb darah mcm tu jea. Kadang dia ambil sampai 3, 5 hari utk baik.

Adakah WAJIB QADHA' PUASA BAGI keadaan seperti ini?


WSLM

Kes yang di atas tidak membatalkan puasa kerana apa yg dialami itu dimaafkan .

Wallahua'lam



🔴 Assalamu'alaikum ustaz.
Seorg ibu ada harta berupa duit & barang kemas.
sblm mninggal dia tlh memberitahu anak² lelaki yg brg kemasnya nak diberikn kpd anak perempuan.

1. Duit itu kena difaraidkn mengikut hukum syarak atau bagaimana ustaz ?

2. Ttg barang kemas pula, adakan sah atau tidak wasiatnya itu bhw brg kemas  itu akn diberikn kpd anak² perempuan shj & anak² lelaki tidak ada bhgnnya?

Mohon penjelasan drp ustaz.

WSLM

 Perkataan nak dalam soalan di atas adalah maknanya bercadang.

Maka ianya bukan wasiat tetapi cadangan sahaja

Oleh itu semua harta milik si mati adalah pusaka dan tidak timbul soal wasiat .

Melainkan jika si mati menyebut selepas aku mati harta A aku beri kepada anaknya. Kes ini adalah wasiat 

Walaubagaimanapun dalam kes ini penerima wasiat adalah ahli waris.

Oleh itu wasiat tersebut sah jika semua ahli waris bersetuju dengan wasiat itu.

Jika waris lain tidak bersetuju dengan wasiat itu, wasiat itu adalah batal dan harta pusaka itu perlu difaraidkan.

Wallahua'lam.


https://www.facebook.com/PTBR.Official/

Post a Comment

0 Comments

"; var FstickyWork = stickyWork.replace(/(\r\n|\n|\r)/gm," "); if ( FstickyWork === "yes" ) { $(document).ready(function(){$("#header-navigation").sticky({topSpacing:0});}); } //]]>