Buku tulisan Prof. Dr Raghib Sirjani ini sarat dengan pengajaran yang boleh diambil dari kisah berkembangnya bangsa tartar dalam menjarah wilayah muslimin yang pada ketika itu sangat rapuh dengan pelbagai masalah dalaman dan pemerintahan.
Setiap kisah yang diceritakan diberi komentar dan pengajaran berkaitan oleh penulis , dan juga diaplikasikan dengan keadaan semasa yang nampaknya berulang kisahnya hanya figura sahaja yang bertukar.
Buku yang bermuka surat 620 muka ini lebih memfokuskan perjalanannya tentera tartar sekitar kawasan taklukan muslimin ketika itu dan tidak menjelaskan kempen ketenteraan tartar di kawasan tentera salib.
Antara kawasan muslimin yang terlibat dalam kempen ketenteraan tartar ialan di russia sekarang, iran dan menghala ke timur tengah dan berakhir di ain jalut yakni di tanah syam.
Menarik untuk setiap umat islam meneliti buku ini supaya lebih mengkoreksi diri tentang sejauh mana jihad dalam diri umat islam. Kerana ibrah dari kisah kejatuhan kerajaan Islam di tangan tentera tartar ialah kerana lunturnya semangat jihad dalam diri umat islam.
Sekian.
Dapatkan disini
Atau
Atau
Selesai membaca pada : 31 Disember 2023
Tasik Kenyir, Hulu Terengganu
0 Comments