(6)
Ke Mesir (198h-204h)
Negara mesir tidak asing bagi As-syafie kerana berita2 yang sampai kepada nya sewaktu mengajar Muwatta' di masjid Nabawi oleh jemaah haji.
Di Mesir ada kelompok Cenderung kepada imam malik dan sebahagian cenderung kepada imam Abu Hanifah.
As-Syafie memilih tinggal bersama keluarga dari keturunan Al-azd dan memulakan kelas pengajian di Masjid Amru al-As di Fustat. Ramai pengikut mazhab Hanafi dan Maliki berpindan mazhab seperti Al-Buwaiti dan Al-Muzani.
Disini kelasnya disusun begitu rapi meliputi pelbagai cabang ilmu.
Selepas subuh - naik matahari : Ahli quran
Apabila naik matahari : Ahli Hadith
Matahari tinggi : sesi muzakarah
Waktu dhuha : Ahli Bahasa ,arud ,nahu ,syair
Malamnya kepada tiga peringkat
Pertama : menulis
Kedua: tidur
Ketiga : solat
Dikatakan imam Syafie orang pertama menjadualkan masa kerja 8 jam sehari iaitu pukul 4 pagi - 12 tengahari.
Mesir adalah destinasi terakhir beliau hinggalah beliau wafat pada malam jumaat terakhir bulan rajab selepas maghrib. Tahun 204h.
Akan datang tentang guru , sahabat dan murid-murid beliau.
0 Comments