ARTIKEL : Tanggungjawab Sebelum berkahwin

Apakah tanggungjawab sebelum berumah tangga?


1. Mestilah berniat perkahwinan itu semata-mata kerana Allah dan kerana untuk membina rumahtangga muslim atau melahirkan keturunan yang soleh, dan menjadi keluarga yang mampu menunaikan amanah serta memastikan hidayah Allah itu secara berterusan dalam keluarga..
Seperti firman Allah: "Satu keturunan yang sebahagianya (turunan) dari yang lain." (Surah Ali-'Imran, ayat 34)

2. Mestilah tujuan perkahwinan kita itu untuk menjaga pandangan kita, memelihara kemaluan, serta menambahkan ketakwaan kepada Allah..
Sebagaimana sabda Nabi s.a.w :

"Ada 3 golongan yang Allah berhak menolong mereka.
1) Orang yang berjihad pada jalan Allah.
2) Hamba mukatif (yang berjanji untuk menebus diri) yang menunaikan bayarannya dan
3)Orang yang berkahwin kerana ingin memelihara dirinya."
(hadis riwayat at-Tirmizi)

Sabda nabi s.a.w lagi : "Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya maka  bertaqwalah ia pada yang separuh lagi".
(Hadith diriwayatkan oleh Al-Tabrani Fil-Ausath)

3) Mestilah memilih bakal isteri yang baik kerana dengan isteri kita la kita berkongsi hidup dan menjadi teman dalam perjuangan hidup..

Sebagaimana sabda Nabi s.a.w :
"Pilihlah untuk keturunanmu (wanita yang baik) kerana sesungguhnya keturunan itu menjadi pertikaian.
Dalam satu riwayat lain dikatakan : "Keturunan itu menjadi desas-desus".
Dalam satu riwayat lain disebut : "Hendaklah engkau berkahwin ddengan  orang yang sekufu dan kahwinkanlah (anak-anakmu) dengan yang sekufu."

4) Mestilah memilih wanita yang baik akhlaknya dan pegangan agamanya, walaupun dia tidak ada harta sekalipun atau kekayaan dan kecantikan sekalipun..
Kerana sabda Nabi s.a.w : "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana kecantikannya kerana boleh jadi kecantikan itu akan membinasakannya, janganlah kamu mengahwini mereka kerana kekayaannya, kerana mungkin kekayaan itu merosakkannya tetapi kahwinilah mereka atas dasar pegangan agama. Hamba perempuan yang rabik dan bodoh tapi baik agamanya adalah lebih utama."
(Hadis riwayat Ibn Majah)..

5) Mestilah berhati-hati dalam memilih keluarga dan tanggungjawab keluarga kerana takut menyalahi perintah Allah dalam urusan ini. Kerana takut murka Allah, seksa Allah kerana mengingkari mengingati amaran Nabi s.a.w yang berbunyi..
Nabi s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang mengahwini wanita kerana memandang kepada kemuliaan (kedudukannya) sahaja, Allah tidak akan menambah apa-apa kepadanya melainkan dengan kehinaan, sesiapa yang berkahwin kerana hartanya, Allah tidak akan menambahnya kecuali kefakiran, sesiapa yang berkahwin kerana keturunannya, Allah tidak akan menambahnya kecuali kerendahan tapi siapa yang mengahwini wanita kerana menjaga pandangan dan memelihara kemaluannya(dari perkara yang haram) atau kerana menghubungkan silaturahim, Allah akan memberkatinya dan isterinya."

Post a Comment

0 Comments

"; var FstickyWork = stickyWork.replace(/(\r\n|\n|\r)/gm," "); if ( FstickyWork === "yes" ) { $(document).ready(function(){$("#header-navigation").sticky({topSpacing:0});}); } //]]>