Bahasa Arab : Apa beza ولي مولي



🔴 Apa beza
ولي
مولي

Yg kedua2nya membawa maksud perlindung, penolong, guardian etc.

Satu ayat Allah menjadi wali kepada orang2 beriman, dan orang2 kafir adalah taghut.

Ayat yg lain pula Allah menjadi maula kpd orang2 beriman manakala orang2 kafir tiada maula.

Bagaimana mahu memahami ayat2 tersebut atau satukan makna?

اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُمْ مِنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ ۗ أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

-Sura Al-Baqarah, Ayah 257

ذَٰلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ مَوْلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَأَنَّ الْكَافِرِينَ لَا مَوْلَىٰ لَهُمْ

Balasan yang demikian, kerana sesungguhnya Allah menjadi Pelindung orang-orang yang beriman, dan sesungguhnya orang-orang yang kafir: tiada sesiapapun yang dapat memberikan perlindungan kepada mereka.

-Sura Muhammad, Ayah 11
🔵
Sekadar kongsi ape yg saya tahu dan faham

Memandangkan perkataan ولي dan مولي mempunyai byk makna.... Untuk tujuan ini kita menggunakan translation 'penolong'

1⃣ Perkataan ولي adalah isim sifat bermaksud sentiasa mahu menolong, sentiasa menjadi penolong pada setiap masa.

2⃣ Perkataan مولي pula adalah isim fa'il (active participle) yg merujuk kepada sedang menolong, atau secara aktif menjadi penolong.

3⃣ Pd ayat pertama, isim sifat digunakan bermaksud.... ولي

Untuk org beriman - Allah sentiasa menjadi penolong mereka

Untuk org kafir - Taghut sentiasa menjadi penolong atau mahu menolong mereka

4⃣ Manakala utk ayat kedua.... مولي

Untuk org beriman - Allah secara aktif sedang menolong mereka sekarang

Untuk org kafir - tiada sesiapa yg betul2 secara aktif sedang menolong mereka.

💡 *Maksud secara kefahaman*

✅ Pihak mukmin secara asas ada Allah sbg penolong
✅ Pihak kafir secara asas ada Thagut sbg penolong

*TETAPI* bila betul2 masalah melanda

✅ - Allah menjadi penolong yang aktif untuk org mukmin
❌- Tiada siapa yang sbnrnya secara aktif atau mampu menolong org2 kafir.

Harap sampai penyampaian.

Semoga Bermanfaat.
Wallahu'alam

Post a Comment

0 Comments

"; var FstickyWork = stickyWork.replace(/(\r\n|\n|\r)/gm," "); if ( FstickyWork === "yes" ) { $(document).ready(function(){$("#header-navigation").sticky({topSpacing:0});}); } //]]>