*Apa itu Mukjizat Al-Quran?*
Kita semua tahu bahawa Al-Qur’an itu mukjizat yang terakhir yang kekal sampai hari akhirat, diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. Tapi berapa ramai antara kita tahu dari segi apa Al-Quran itu mukjizat, dan berapa lagi yang boleh jawab apa itu mukjizat Al-Quran.
Saya sertakan penulisan Al-Alusi dalam kitabnya Ruh Al-Maani, tentang apa mukjizat Al-Quran itu pada pendapat dia boleh disimpulkan kepada 4 perkara besar.
Suka juga untuk saya nyatakan ini BUKANLAH bermaksud hanya ini sahaja mukjizat Al-Quran, ini hanya kajian manusia sahaja. Tapi boleh lah sebagai rujukan asas kita, sebelum mengkaji dengan lebih mendalam.
🔹 *Definisi mukjizat*
menurut al-Alūsī adalah suatu perkara luar biasa yang muncul ketika dilakukan cabaran terhadapnya, dari orang-orang yang mengaku nabi.
🔹 *Apa beza mukjizat dan sihir?*
Sihir bukan perkara yang luar biasa, akan tetapi hanya merupakan sesuatu yang aneh sekadar menyerupai sesuatu yang luar biasa. Ia tidak luar biasa kerana karena ia dapat dipelajari.
🔹*Terdapat 4 Aspek kemukjizatan Al-Quran:*
1⃣ Nazm (susunan)
▪Mengaitkan kata-kata antara satu dengan yang lainnya dan menjadikan sebagian darinya menjadi sebab dari yang lainnya
▪Ini bermaksud terdapat hubungan erat antara satu kata dengan yang lain dalam suatu ayat. Kata tidak bermakna apa-apa apabila kata tersebut sendirian. Kata akan bermakna hanya bila sudah berhubungan dengan kata yang lain.
▪Ketelitian dalam mencermati naẓm al-Qur’ān adalah suatu keharusan. Ketidakcermatan dalam melihatnya mengakibatkan orang terjerumus dalam kesalahan penafsiran. Boleh membuat penafsiran di luar konteks.
2⃣ Balaghah
▪Gaya Bahasa - Menyelaraskan ungkapan sesuai dengan situasi dan keadaannya
▪Kemukjizatan aspek balāghah al-Qur’ān antaranya adalah kehebatan kata-kata dan keistimewaan dan ungkapan-ungkapan al-Qur’ān berada di peringkat susunan bahasa yang tertinggi
▪Kesempurnaan balaghāh al-Qur’ān juga tidak hanya melalui keindahan kata-kata semata, tetapi juga dihasilkan dari kebenaran ungkapan-ungkapannya, yang menjadikannya layak diterima dan dijadikan petunjuk
3⃣ Berita tentang yang ghaib dan cerita tentang umat yang terdahulu, hal yang tidak diketahui oleh orang-orang yang ahli atau pakar sahaja dalam bidang itu.
▪al-Qur’ān menyajikan kisah-kisah tersebut sesuai dengan kenyataannya, sedang yang membawakannya adalah Nabi yang ummī, yang tidak dapat membaca dan menulis
4⃣ Kesesuaian al-Qur’ān dengan hukum aqal disertai ketepatan dan ketelitian maknanya.
▪muatan ajaran al-Qur’ān yang sangat banyak, terkait dengan perkara aqidah, ibadah, mu‘amalah, akhlaq dan sebagainya
▪semuanya diungkapkan dalam ungkapan yang seimbang dan ditempatkan pada tempatnya masing-masing
0 Comments