Kenapa bila ucap syukran balasnya 'afwan?





TAHUKAH ANDA?

Kenapa bila ucap syukran balasnya 'afwan? kenapa kena minta maaf pula sebagai jawapan balas terima kasih?

Jawapan:

Ini adalah adat santun berbahasa orang arab. Ia boleh juga disebut sebagai mujamalah berbahasa mereka.

Jawab (عفوا) 'afwan kerana kita memohon maaf jika ada kekurangan yang berlaku ketika memberi kebaikan.

اعفُ عن تقصيرنا
Maafkan atas kekurangan kami.

Seperti menyebut صبرًا bersabarlah dengan makna اِصبر.

Begitu juga dengan bahasa melayu jika diteliti kenapa jawab sama-sama untuk jawapan terima kasih? Kerana itulah adat bahasa orang melayu yang telah diguna pakai dan dimaklumi semua orang yang berbahasa melayu.

Wallahu'alam.

Sumber: Page Buku Belajar Bahasa Arab

Post a Comment

0 Comments

"; var FstickyWork = stickyWork.replace(/(\r\n|\n|\r)/gm," "); if ( FstickyWork === "yes" ) { $(document).ready(function(){$("#header-navigation").sticky({topSpacing:0});}); } //]]>