Buku : gema Mujahid


43.Gema Mujahid - siri 16

Author: Sidang Pengarang penerbitan  mujahid
Genre : non fiksyen 
Publisher: Penerbitan Mujahid
Rating : 4
Pages: 32
Date Read: 22 okt 2018
Review :

Ini adalah majalah lama dalm bentuk kecil yang diterbitkan sekitar tahun 1985, yang mana ia beredar dikalangan ahli gerakan islam pada waktu itu.
Antara yang dimuatkan dalam buku ini adalah mengenai kejadian di lubuk merbau, masalah sosial, mengenai sains, dan kisah pejuang islam, juga diselitkan isu akidah. 

Setelah membaca buku ini kita boleh tahu bahawa internet masih belum dikenali sepenuhnya pada waktu itu,akan tetapi ia sedang berkembang apabila tajuk mengenai penemuan sains dihalakan kepada akidah, dari sudut ulasan sosial, budaya barat baru mula berputik, dan ia menjadi satu masalah kepada masyarakat pd waktu itu. 

Dan yang paling penting, sepatutnya kita kembali menilai mengapa gerakan islam pada waktu  itu mengambil pendekatan secara keras, bukan lah kerana benci kepada musih sesama islam.. Tetapi oleh kerana penentangan yang terlalu hebat daripada golongan jahil yang semakin hanyut dengan budaya barat. 

Adakah ia akan berulang lagi dengan kemunculan semula pemimpin dari tahun 80an ke tahun 2018 ini... 

Buku ini adalah milik ibu saya, yang mungkin menjadi koleksinya, dan saya boleh agak.. Apabila kebanyakan nama anak2nya adalah nama pejuang islam.

Sekian... 

Post a Comment

0 Comments

"; var FstickyWork = stickyWork.replace(/(\r\n|\n|\r)/gm," "); if ( FstickyWork === "yes" ) { $(document).ready(function(){$("#header-navigation").sticky({topSpacing:0});}); } //]]>