Mufradat 661*: ُّيَضُر adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ dan ia bermaksud ‘memudharatkan’.
Katadasar sama dengan Mufradat 660: ض ر ر yang bermaksud menyakiti, mengganggu, menyusahkan, kejahatan, kebuluran, waktu susah, penyakit, kematian, kehilangan, memaksa.
*Mufradat 662*: يَنفَعُ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ dan ia bermaksud ‘memberi manfaat’, ‘memberi untung’.
Katadasar: ن ف ع yang bermaksud untung, melakukan kebaikan, berguna, berfaedah. Kita pun gunakan kalimah ‘manfaat’ dalam bahasa kita.
*Mufradat 663*: عَلِمُوا adalah dalam bentuk fi’il madhi jamak dan ia bermaksud ‘mereka telah mempelajari’.
Katadasar sama dengan Mufradat 98 (Baqarah:13): ع ل م yang bermaksud tanda, alam, dunia, ilmu, mengetahui. Kita pun sudah biasa dengan kalimah ini, iaitu apabila kita kata orang alim (orang yang mengetahui, banyak ilmu).
Mufradat 664: خَلٰقٌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘bahagian’.
Katadasar sama dengan Mufradat 156 (Baqarah:21): خ ل ق yang bermaksud mengkadarkan sesuatu, menjadikan sesuatu ikut kesesuaian, menjadikan dari tidak ada kepada ada, reka ucapan, menjadikan sesuatu samarata dan lain-lain.
*Mufradat 665*: لَبِئسَ adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘buruk’. Huruf ل adalah sebagai penekanan.
Katadasar sama dengan Mufradat 603 (Baqarah:90): ب س أ yang bermaksud kuat, nasib buruk, kemiskinan, buruk, teruk, jahat, hukuman, ujian, keberanian.
0 Comments