SEJARAH JEPUN MENYERANG TANAH MELAYU

JEPUN MENYERANG TANAH MELAYU

Hari ini, 78 tahun yang lalu, tentera Jepun menyerang pengkalan udara Amerika Syarikat di Pearl Harbor, Hawaii.

Kurang 24 jam sebelum itu, Jepun menyerang Tanah Melayu melalui Bachok, Kelantan.
Tentera Jepun diketuai oleh Jeneral Tomoyuki Yamashita, yang memimpin Tentera Darat ke-25, memulakan serangan melalui Songkhla, dan melintasi Sungai Golok, dan bertempur dengan tentera British di pos kawalan sempadan.
Perdana Menteri Thailand, Plaek Phibunsongkram mengumumkan bahawa Thailand menyebelahi Jepun, kerana pada 6 Disember, tentera Thailand mengalami kekalahan teruk dalam peperangan laut di Teluk Thailand.

Plaek terpaksa menyebelahi Jepun demi kepentingan negara. 
Divisyen ke-5 mendarat di Pattani, sebelum bergerak menuju ke Jitra pada 11 Disember 1941.

Jepun membawa 200 kereta kebal iaitu jenis Type 95, Type 97, dan Type 89 dan menyeberangi sempadan Betong dan Perak.

Pertempuran sengit berlaku di Kota Bharu, sebelum mereka ke selatan.
Pengkalan Tentera British, yang terletak di Singapura, meletakkan strategi bertahan di Singapura kerana kepentingan strategik, disamping menjalankan taktik bumi hangus, dengan meletupkan lombong, jambatan, kilang milik mereka supaya Jepun tidak dapat gunakannya. 
Tentera Udara Diraja British mempunyai 300 kapal terbang, terpaksa dihantar ke London kerana sedang berperang dengan tentera Nazi di Selat Inggeris, menyebabkan British tidak mempunyai kekuatan yang cukup untuk bertahan dengan tentera udara Jepun.
Dua kapal British, kapal battlecruiser Repulse dan kapal Prince of Wales, telah diletupkan oleh tentera Jepun di perairan Kuantan, Pahang pada 10 Disember 1941.

Dengan ketumbukan seramai 70,000 orang tentera, Jepun menyerang melalui dua arah iaitu Divisyen Kelima di Jitra...
...dan Divisyen ke-18 di Kota Bharu.

Leftenan Jeneral British, Arthur Percival melancarkan Operasi Krohcol dengan menyerang hendap Jepun dari jalan di Kroh, Perak yang bersempadan dengan Betong.

Dengan menggunakan kapal terbang Mitsubishi A6M Zero, pesawat serangan ini...
...merobek pertahanan British di tepi laut Semenanjung.

Tentera Jepun menggunakan basikal untuk memudahkan pergerakan memandangkan permukaan muka bumi tropika Malaya. Basikal ini dirampas dari China dan digunakan dalam sepanjang perang ini. 
Beberapa pos kawalan British seperti di Sungai Petani dan Butterworth diserang pada 9 Disember, Pulau Pinang ditawan oleh tentera Jepun.

Jepun mula membedil Kuala Lumpur pada 21 dan 22 Disember dengan meletupkan pertahanan strategik British. 
Pertempuran di Slim River pada 6 hingga 8 Januari 1942 adalah pertempuran antara tentera Jepun dengan tentera India yang dibiayai oleh British. Lebih 500 tentera India terkorban dan 3,200 tentera yang lain menjadi tawanan perang. 

Selepas kekalahan di Slim River, British mengambil keputusan untuk berundur di selatan, dan pada 10 Januari, tentera Jepun telah tiba di Serendah, Selangor untuk memulakan serangan. 
Perang di Kuala Lumpur: berlaku pertempuran di Batu Road (kini Jalan Tuanku Abdul Rahman) dan tentera Jepun menggunakan Penjara Pudu sebagai kem tahanan tawanan perang, dan mangsa tawanan diseksa hingga mati.
Pertempuran paling sengit berlaku di Muar, dengan melibatkan tentera Divisyen ke-8 Australia, tentera India dan Divisyen ke-53 Britain. Pertempuran merebut jambatan di Gemencheh berlaku pagi sebelum itu, sebelum sebahagian tentera Jepun menuju ke Segamat melalui Gemas.
Lebih 150 orang tentera Australia dan India ditawan dalam perang itu dan semuanya cedera. Mereka dibakar hidup-hidup oleh tentera Jepun di Parit Sulong, dikenali sebagai Parit Sulong massacre. 
Mengetahui tewas di Muar, tentera British di Kluang dan Batu Pahat semua berundur ke Singapura untuk bertahan di pulau itu.

Pada 7 Februari, tentera Jepun memasuki Singapura dan berperang sengit dengan Rejimen Askar Melayu Diraja di Bukit Chandu pada 14 Februari. 
Antara yang terkorban ialah Leftenan Adnan Saidi, yang berjuang habis-habisan hingga darah terakhir mempertahankan kedudukan tentera, namun tewas dengan kekuatan tentera Jepun.

British menyerah kepada Jepun pada 15 Februari, dan lebih 50,000 tawanan perang ditangkap Jepun.
*Maafkan saya, sebenarnya tentera Jepun mendarat di Pantai Kuala Pak Amat di Pengkalan Chepa. 

 Keep Current with Puan Eleena M.

Profile picture


Post a Comment

0 Comments

"; var FstickyWork = stickyWork.replace(/(\r\n|\n|\r)/gm," "); if ( FstickyWork === "yes" ) { $(document).ready(function(){$("#header-navigation").sticky({topSpacing:0});}); } //]]>