SEJARAH KETURUNAN LAKSAMANA BENTAN DI TERENGGANU



Oleh :

KETURUNAN LAKSAMANA BENTAN DI TERENGGANU

Kampung Kuala Jengai terletak kira-kira 60 kilometer dari bandar Dungun,
28 kilometer dari pekan Bukit Besi.

Kampung ini dibuka pada 1703, oleh Tun Ali Tun Mahmud,
saudara kepada Laksamana Bentan.


Pada 3 September 1699, hari Jumaat, Sultan Mahmud II, telah mangkat ditikam oleh
Megat Sri Rama, atau dikenali sebagai Laksamana Bentan.

Megat Sri Rama merupakan pahlawan terhebat dari Pulau Bentan yang ketika itu
dalam kerajaan Johor. 
Ia berlaku gara-gara sultan menitahkan agar isteri Megat Sri Rama, Dang Anum
dihukum bunuh kerana mengidam dan memakan seulas nangka di kebun raja.

Dengan kemangkatan Sultan Mahmud II, maka berakhirlah darah
keturunan Sultan Melaka di Johor. 
Sebelum mangkat, Sultan Mahmud bertitah, "jika benar beta raja berdaulat,
seluruh keturunan Bentan beta tidak izinkan kakinya menjejak Kota Tinggi."

Mengetahui perkara tersebut, Tun Ali meninggalkan bumi Johor dan mencari
perlindungan di Pahang. 
Tun Ali bersama isterinya, Wan Mas Ayu, anaknya Engku Khamis dan
Engku Ibrahim, bersama 40 pengikut setia, melayari Sungai Johor dan
melewati Pengerang pada waktu malam agar tidak dikesan oleh tentera Sultan.

Mereka tiba di Kuala Pahang, tetapi merasa tidak selesa di situ. 
Tun Ali dan pengikutnya meneruskan pelayaran, dan memudik Sungai Dungun,
 sebelum tiba di pertembungan Sungai Cengal.



Maka disitu beliau membuka petempatan, dikenali sebagai Kuala Cengal,
tapi lama-kelamaan ia disebut menjadi Jengai.

Kampung ini juga terkenal dengan Tarian Saba yang merupakan tradisi
orang kampung di sini.

Ini video tarian Saba dari JKKN Terengganu:



Tun Ali meninggal dunia sekitar 1770an, dan dimakamkan
di tanah perkuburan Kampung Kuala Jengai.

Al-Fatihah.


Kawasan kampung ini terpencil, sampai tahun 1986 barulah sebatang jalan raya negeri
 (Jalan Negeri T125) dibina yang disambung dari Kampung Tepus di Mukim Jerangau.




Tulisan ini merujuk daripada keratan akhbar @sinarharianSH dan
 tulisan dari Wan Mohd Rosli Wan Ngah iaitu ahli jawatankuasa Persatuan Sejarah Malaysia
 negeri Terengganu di FB Rakan Sejarah Dungun.

m.facebook.com/story.php?stor…


Terima kasih kepada MB Terengganu, @DrAhmadSamsuri kerana sudi follow Twitter saya. Diharapkan semoga Terengganu maju jaya serta terus Dipelihara Allah. 😊 


Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.
 Keep Current with Puan Eleena M.

Post a Comment

0 Comments

"; var FstickyWork = stickyWork.replace(/(\r\n|\n|\r)/gm," "); if ( FstickyWork === "yes" ) { $(document).ready(function(){$("#header-navigation").sticky({topSpacing:0});}); } //]]>