Tahukah kamu? JARINGAN INTERNET ADALAH DARI KABEL BAWAH LAUT.

Oleh :

Tahukah kamu? JARINGAN INTERNET ADALAH DARI KABEL BAWAH LAUT.

Dalam penggunaan telefon seharian kita beranggapan bahawa telefon hanya mendapat signal dari satelit setiap kali kita menggunakan untuk berhubung dengan seseorang atau melayari internet.
Tetapi kita sebenarnya menggunakan sebuah jaringan kabel fiber bawah laut (OFC) yang dikenali sebagai "submarine cables". Kabel bawah laut ini menggunakan teknologi fiber optik yang digunakan untuk membawa data-data digital seperti internet dan data telefon.
Jaringan yang berada di bawah laut ini tersebar di seluruh dunia kecuali antartika dan di setiap negara di dunia mereka mempunyai menara selular yang dikenali sebagai Base Transceiver(BTS). 
Menara-menara tersebut akan terhubung antara satu sama lain melalui jaringan kabel bawah laut dan kemudian menara selular akan memancarkan gelombang elektromagnetik terus ke telefon kita. 
Melalui jaringan tersebut ia membuatkan kita boleh berhubung antara satu sama lain, melakukan penghantaran data, audio dan video berkelajuan tinggi di setiap pelosok dunia. 
Manakala pelancaran satelit ke ruang angkasa lebih banyak digunakan sebagai proses pengesanan(GPS), perkiraan cuaca dan komunikasi pesawat dimana penggunaan kabel bawah laut tidak praktis.

Credit: Lumek Goreng 

Post a Comment

0 Comments

"; var FstickyWork = stickyWork.replace(/(\r\n|\n|\r)/gm," "); if ( FstickyWork === "yes" ) { $(document).ready(function(){$("#header-navigation").sticky({topSpacing:0});}); } //]]>