Himpunan Soal Jawab Bersama AF. Ustaz Tirmzi Taha (PTBR) Siri 2/2023

🔴 Assalamualaikum ustaz
 Jika si mati ada meninggalkan sedikit wang dlm akaun dan dia ada maklum tentang penggunaan duit itu utk menyiapkan rumah. Adakah jumlah duit yg tinggal setlh kematian perlu dimaklum kpd waris 
Terima kasih ustaz

Wslm

Ya

Wallahua’lam 


🔴 Assamualaikum..
Bagaimane hukumnye orang yg membakar Al QURAN dgn tujuan hendak memiliharenye dari  kekotoran karene quran itu sdh rusak disarang anai2  sebelum tu orang tu die istghfar dulu bershalawat  membakar di atas  seng yg bersih tk dicampur dg sampah2  cume dg daun2 kering saje..

WSLM

Kumpul Quran itu di satu tempat dan bakar. 

Itu sahaja.

Wallahua'lam


🔴 Assalamualaikum

Mohon pencerahan

Kalau kita  tertinggal satu 
juz contohnya kita sepatut baca juz 7 tp terlupa terus baca juz 8...bila selesai baca  juz 8  br kita sedar tertinggal satu juz..Kita baca semula 
juz 7 bila selesai terus ambil juz  9..boleh ke mcm tu ustaz atau kene baca semula juz 8 ?

Wslm

Boleh belake.

Wallahua'lam


🔴 السلام عليكم أستاذ

Sy ada 2 soalan.

1. Najis mughallazah boleh berjangkit tak? Cth nya Ah Tong pegang anjing lepas tu dia sentuh barang2 muslim atau bersalam dgn muslim.
جزا ك الله

Wslm

Najis mughallazah sama dengan najis yang lain.

Jika seseorang menyentuh tahi , ketika tahi masih berada di tangan , dia memegang buku, maka buku itu menjadi najis.

Hal ini sama dengan najis yang lain.

Wallahua'lam


🔴 Assalamualaikum..

1. Adakah mabuk laut boleh membatalkan puasa?

2. Sahur kat terengganu. Pada waktu petang pergi ke sabah dan di sana waktu berbuka puasa lebih awal.. adakah perlu berbuka puasa mengikut wktu di sabah?

3. Adakah wanita yang bersetubuh dengan binatang wajib atasnya mandi junub?

Wslm

1. Mabuk laut tidak membatalkan puasa.

Mabuk yang membatal puasa ialah otak tidak dapat berfikir . Mabuk laut dan mabuk cinta bukanlah mabuk yang membatalkan puasa.

Wallahua'lam 

2. Wajib berbuka puasa mengikut waktu di Sabah.

3. Ya wajib mandi ke atas wanita tersebut.

Wallahua'lam


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

🔴 Saya ada satu persoalan, pohon pencerahan yang berbahagia ustaz,

Di sekolah saya ada satu surau kayu lama yg sudah uzur dan rosak serta sudah tidak boleh digunakan lagi. Surau ini dibina hasil kutipan dan wakaf orang ramai. 

Pihak PIBG telah mencadangkan untuk membuka tender jualan kayu surau tersebut kepada umum.

*Persoalan* saya; bagaimana menguruskan hasil jualan kayu surau dari  wakaf orang ramai tersebut? Kemanakah boleh digunakan wang tersebut? 

Terima kasih, ustaz.

Wslm

Kayu waqaf itu boleh dijual dengan harga yang munasabah dan wang itu wajib digunakan untuk perkara yang berkaitan surau baharu.

Wallahua'lam


https://www.facebook.com/PTBR.Official/

Post a Comment

0 Comments

"; var FstickyWork = stickyWork.replace(/(\r\n|\n|\r)/gm," "); if ( FstickyWork === "yes" ) { $(document).ready(function(){$("#header-navigation").sticky({topSpacing:0});}); } //]]>