Soal Jawab Bersama Ustaz Tirmizi Taha (ptbr) _ Siri 3 | 2023

Assalamualaikum ustaz, 🔴soalan saya berkaitan juzuk2 kecik quran yang dibukukan. *Soalan*; perlukah berwuduk untuk memegang juzuk2 kecik Quran ini?

J - Wslm. Ya sama seperti Quran. Bahkan ia adalah Quran.


🔴 Assalamualaikum

WSLM

1. Adakah bernazar perlu berlafaz ?

J - Tidak sah Nazar melainkan dengan berlafaz.

2. Adakah sah nazar jika kata camni: jika aku dapat kerja, maka aku akan puasa sunat satu hari.

J - Jika dia niat Nazar jadi Nazar.

Jika dia hanya ingin menyatakan hasratnya sahaja ia bukan Nazar. 

3. Apakah yang perlu dilakukan Sekiranya seseorang itu tidak mampu menunaikan nazar?

Saya kurang faham soalan ini.

Wallahua'lam


🔴 السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ

Mohon jawapan drpd syeikhuna mengenai suatu hukum org yg keluar dr tnh haram semasa melakukan ibadat haji dan/atau umrah.
Apakah disituasi keluar ke tanah halal,contohnya berziarah ke Thaif,diwajibkan tawaf wada' terlebih dulu?
Jika wajib dan tawaf wada' x dilakukan,apakah bentuk dam yg dikenakan?

WSLM

J - Oleh kerana di negara ini ibadah haji diurus oleh TH , saya tidak bersedia untuk menjawab soalan ini kerana dibimbangi penerangan saya tidak selari dengan keputusan rasmi TH , menyebabkan masyarakat jadi keliru.

Pohon maaf


https://www.facebook.com/PTBR.Official/

Post a Comment

0 Comments

"; var FstickyWork = stickyWork.replace(/(\r\n|\n|\r)/gm," "); if ( FstickyWork === "yes" ) { $(document).ready(function(){$("#header-navigation").sticky({topSpacing:0});}); } //]]>