SOALAN BERKAITAN JUMAAT DAN HARIRAYA( SYEIKH TIRMIZI TAHA- unisza)

SYEIKH TIRMIZI TAHA
SOALAN BERKAITAN JUMAAT DAN HARIRAYA

1.Mana lebih afdhal antara mandi sunat Jumaat dgn mandi sunat Hari Raya yg jatuh pd hari Jumaat?
Mandi solat jumaat lebih dari afdhal dari mandi hariraya kerana:
Mandi jumaat adalah untuk mengerjakan solat wajib iaitu solat Jumaat. Manakala mandi hariraya pula adalah untuk menghadiri solat hariraya. Solat hariraya hukumnya sunat. Oleh itu mandi jumaat lebih afdhal dari mandi hariraya. Solat jumaat wajib, solat hariraya sunat.
Mandi adalah wasilah iaitu pelengkap kepada sesuatu amalan. Nilai mandi samada afdhal atau sebaliknya mengikut nilai amalan yang dilakukan mandi untuknya. Jika amalan itu nilainya tinggi, maka tinggilah nilai mandi tersebut. Mandi untuk pergi jamuan lebih rendah mutunya dari mandi untuk berhariraya.
Wallahua’lam.

Hukum solat Jumaat wajib tanpa khilaf dalam kalangan ulamak.
Manakala solat hariraya pula hokumnya seperti berikut:
1-Fardu ain menurut mazhab Hanafi.
2-Sunnat Muakkad menurut mazhab Shafei dan Maliki.
3-Fardu Kifayah.
Hukum mandi untuk hadir solat jumaat :
1-Wajib menurut mazhab al Zahiri dan pandangan Imam Malik sebagaimana yang dinaqalkan oleh Ibn al Munzir.Tetapi menurut Qodi Iyad pendapat mazhab Maliki yang muktamadnya ialah mandi solat jumaat adalah sunat
2-Jumhur ulama berpendapat mandi solat Jumaat adalah sunat.
2. Memadai mandi salah satu di antara dua atau .... ?

JAWAPAN
Memadai tetapi tidak afdhal kerana waktu yang paling afdhal mandi jumaat ialah ketika hendak pergi solat Jumaat . Jika digabung di antara dua mandi, maka sudah ada tempoh masa yang agak panjang di antara mandi dan hendak pergi solat Jumaat.
3. Atau bangun Subuh mandi sunat Hari Raya dan tghari mandi sunat Jummat
Ini yang terbaik.
4. Mana lebih besar di antara hari Jumaat dgn Hari Raya yg jatuh pd hari Jumaat?
Hari jumaat ialah hari yang paling mulia dalam seminggu. Manakala hariraya korban pula hari yang paling mulia dalam setahun. Di antara hari raya korban dan hari jumaat , hari raya korban lebih afdhal... ini satu pendapat
Pendapat yang kedua menyatakan hari Jumaat hari yang paling mulia lebih dari segala hari yang lain berdasarkan hadith SAW;
خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ فِيهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ وَفِيهِ أُخْرِجَ مِنْهَا
Sebaik-baik hari yang keluar padanya matahari ialah hari Jumaat , padanya dicipta Nabi Adam, padanya ia di masuk dan dikeluarkan dari syurga .
والله أعلم.


Post a Comment

0 Comments

"; var FstickyWork = stickyWork.replace(/(\r\n|\n|\r)/gm," "); if ( FstickyWork === "yes" ) { $(document).ready(function(){$("#header-navigation").sticky({topSpacing:0});}); } //]]>