bahasa arab : "شكرًا" -" عفوًا "




"شكرًا" -" عفوًا "

'Afwan' adalah ungkapan balas untuk ucapan 'Syukron' iaitu 'Terima Kasih '. Kenapa dalam bahasa arab ucapan 'afwan' yang bererti 'Maaf' menjadi jawaban balas kepada ungkapan 'Terima Kasih'? Secara tersuratnya kalimah "عفوًا" adalah masdar iaitu kata nama verbal/perbuatan yang dipetik daripada kata kerja عفا/يعفو yang bererti 'Maaf' . Maka timbulnya satu persoalan iaitu kenapa ketika mengucapkan "شكرًا'' iaitu 'Terima Kasih' dijawab ''عفوًا'' kemudiannya sedangkan ucapan itu membawa maksud 'Maaf'.

Frasa "Terima Kasih" adalah mutlak milik Allah SWT. الحمد لله والشكر لله . ''Segala puji dan kesyukuran itu adalah bagi Allah''. Manusia hanyalah sebagai wasilah atau jalan bagi sesuatu kebaikan sedangkan sumbernya mutlak adalah daripada Allah SWT. Oleh itu sekiranya diucapkan "Terima Kasih", maka jawaban yang bertatasusila, sesuai dan selayaknya adalah "Maaf" iaitu "عفوًا kerana hanya Allah SWT lah yang layak membalas.

Maka tersiratnya, taktala dilakukan sesuatu kebaikan, dirasakan kebaikan tersebut tidaklah seberapa sehingga perlu memohon maaf kerana tidak mampu melakukan kebaikan yang lebih besar lagi. Itulah alasannya kata "عفوًا" dipakai untuk menjawab "Terima Kasih". Ucapan tersebut bukan sahaja menzahirkan sebuah kesopanan yang tinggi tetapi juga menunjukkan kerendahan diri pihak yang menghulurkan tangan .

Tetapi sekiranya ingin meminta maaf kerana melakukan khilaf, kesilapan dan kesalahan, ungkapan yang biasanya digunakan adalah "ٌآسف" atau "معذرةً".

Selain آسف ataupun معذرةً, ucapan "عفوا" juga boleh diucapkan sekiranya kita melakukan sesuatu kesalahan dengan tujuan untuk memohon maaf tetapi ianya lebih diutamakan bagi menjawab ucapan "Syukron" kerana kita bukanlah penutur jati bahasa tersebut maka adalah lebih baik jika penggunaan bahasa mereka tersebut disesuaikan dengan kebiasaan penutur asli jati.

Kesimpulannya, ada 2 makna yang terkandung dalam ucapan tersebut :

1. 'Afwan' (Maaf, setakat ini sahaja yg mampu saya lakukan. Saya tidak mampu berbuat yang lebih baik daripada yang ini)"

2.'Afwan' (Maaf, ini bukan apa-apa, tidak patut diucapkan terima kasih )".

Kurang dan lebihnya,
Benar atau salahnya..
Mohon dimaafkan :)

Sumber : Fb Muhd Hisham

Post a Comment

0 Comments

"; var FstickyWork = stickyWork.replace(/(\r\n|\n|\r)/gm," "); if ( FstickyWork === "yes" ) { $(document).ready(function(){$("#header-navigation").sticky({topSpacing:0});}); } //]]>